Kalaulah masa boleh turning back,aku nak sangat masuk ke alam yg happy2 jew..
NO meaning of empty nor lonely..Fakta yang harus aku terima adalah tiada masa,detik mahupun minit yang bisa terulang lagi,Hidup ini harus menempuh pelbagai ranjau dan duri yang tidak dapat kita elakkan sama sekali,yang pergi biarlah pergi,andai ia kembali terimalah ia sebagai satu titik permulaan dalam hidup kembali.
Sendirian itu hanyalah satu cabaran yang harus dilalui oleh semua orang.
Tipulah kalau kita ta rindu,ta teringat langsung pada seseorang itu.
Agak lama juga nak buang semua memori yang pernah kita lalui bersama si dia.
Sayang seribu kali sayang,si dia juga telah mendapatkan seseorang yg dirasakan boleh mengisi hidupnya..
Aku disini bagaikan pungguk merindukan bulan..Entah bila harus menanti penantian yang penuh kesepian,penantian yang ta pasti penghujung jalan ceritanya.
MENGAPA dan ,BAGAIMANA aku nak ungkapkan supaya dia mengerti apa yang ku alami,aku sendiri tidak tahu menterjemahkan,mungkin dia tersenyum melihat aku begini,mungkin dia sedang berbahagia atas penderitaan ku ini atau mungkinkah tidak..Segala kata telah aku beri,namun tidak satu dibalas,apakah ini yang di maksudkan oleh kata sayang yang pernah kau ungkapkan padaku..
Aku percaya suatu hari nanti akan datang seseorang yang akan mengisi segala kekosongan ini,yang mungkin jauh lebih baik darinya,yang boleh bertolak ansur,yang boleh memberiku suatu kata yang pasti..
Sebagaimana dia meragukan kata sayang dariku,begitu jugalah aku..
Mungkin kata sayang tak perlu lagi diungkapkan supaya tiada orang tertanya-tanya..
Aku seperti kepompong yang masih tidak mahu keluar dari sarangnya kerana aku yakin dia akan kembali lagi..Adakah aku harus terus menanti dan menanti,atau aku harus pergi meninggalkan si dia yang aku cintai,sukar untuk aku mengerti apa yang aku sendiri kehendaki.Kemana pergi jiwaku,mana hilang diriku yang dulu ..Mana !! Mana..!!
Terkadang aku marah,aku kesal atas keangkuhan dirinya.Dia langsung tidak merasakan kelukaanku,mungkin jua kerana dia mempunyai ramai kawan2 yang dia miliki tidak seperti diriku..
Sabarlah wahai insan,tuhan tidak akan membiarkan kamu menanggung beban yang kamu tidak dapat pikul,
Dia memberi kamu dugaan kerana dia sayang padamu umatnya..
No comments:
Post a Comment